KERANA DIRI KITA BEGITU BERHARGA

KERANA DIRI KITA BEGITU BERHARGA
BICARA TENTANG KITA

Followers

Wednesday, June 29, 2016

KAYAP MILIKI PENAWAR???


=====================

Sejak akhir-akhir ini, ramai yang hubungi saya untuk bertanyakan suplimen untuk bantu dalam selesaikan masalah kayap. 

Ada dari selangor, terengganu, sabah dan sarawak. 

Sakit kayap ni bagaikan disebat-sebat. Pedih tak terkata. Tidur malam tiada lagi lena. Mencucuk-cucuk pedihnya. Sangat tidak gembira apabila terkena. 

Kesian. Derita ini boleh membawa stress, juga rasa tak selesa yang keterlaluan buat penghidapnya. 

Tahukah kita? Yang kayap ini juga "bermain" dengan saraf. Rasa sakit dan pedih tu adalah kerana saraf yang bermasalah di bahagian itu. 

Apa yang saya cadangkan? 

Saya cadangkan garlic, b compleks, vivix, dan nutriferon. 

Dan extra boleh ambil vitamin C dan lecithin untuk hilangkan parut kayap yang hitam-hitam itu. 

Kenapa 4 ini? 

🌳Garlic membantu dalam membekalkan antibiotik semulajadi buat mereka yang alami kayap. Garlic ni bawang putih actually. Cuma ia dalam bentuk pil. Dengan pengambilan garlic secara konsisten, antibiotik yang cukup dibekalkan untuk badan. Dan ia mampu melawan serangan kayap ini. 

🌳Nutriferon pula bantu dalam boost up imun sistem badan. Di kala kayap menyerang...ada rasa pedih, mood ke laut, moody, stress. Dengan sebab ini, penyakit lain mudah berjangkit. Boost up imun sistem kita untuk lawan segal penyakit yang nak tumpang sekaki ni ye. 

🌳 Vivix bantu dalam baik pulih sel hingga ke akar umbinya. Sel yang terkena kayap ini ada masalah dan tidak normal dari yang lain apabila diserang kayap. Vivix bantu masuk ke akar kayap tu dari dalam dan banteras dengan segera. Ia juga bantu dalam mengatasi rasa sakit penangan kayap. 

🌳B compleks bantu dalam atasi rasa sakit akibat saraf yang tercedera ini di bahagian kayap. Juga atasi dalam control tekanan yang dihadapi oleh penghidap kayap.

Berhati-hati apabila terkena kayap. Ia boleh berjangkit. Elakkan dari disentuh oleh orang lain. Pada pakaian mahupon tempat tidur. 

Vitamin C Dan lecithin pula bantu dalam hilangkan parut kayap setelah ia sembuhπŸ˜€. 

Namun vitamin c tetap boleh digunakan semasa dalam proses pemulihan untuk tambah imun sistem badanπŸ˜€

#LATTeam
#BebasKayap


Untuk sebarang pertanyaan berkenaan produk kesihatan shaklee, boleh hubungi saya :

Ain
Sid : 1092671

Sila like page kami :

Cinta Vita Shop
https://m.facebook.com/NRcintavitashop

NR Tamar Cocoa
https://m.facebook.com/NRtamarcocoa

NR Wildan Susu Kambing
https://m.facebook.com/NRwildansusukambing

Terima kasih 😍




Monday, June 20, 2016

Ramadan 12 - 2016

Salam alaikum jameeean

Ramadan #12


Masih lagi bertahan

Allahu akbar, penat tak payah cakap

Kelas penuh hari ni, tak sempat nak rest sekejap pun.

Balik rumah, solat. Pas tu ambik si cute Nawal Husna kat rumah pengasuh.

Sedang dok menyusu nawal, ibu tertidur pulak 😁😁😁

Tidur tidur ayam gitu.

Tersedar nawal dok gelak, rupanya di atas meja tulis dah 😰

Ibu punya gelebah takut dia jatuh.

Dok kemas rumah yang nawal sepahkan tadi, jengok2, tengok *kunci kereta* dalam tong sampah ok!

Kalau ibu tak jengok dalam tu, esok nak turun keje naik ape? 😳

Ok enough!


Ibu ke dapur, siapkan makanan berbuka, seperti biasa, nawal ikut je. Alhamdulillah hari ni nawal tak mintak dukung, senang sikit keje ibu. 

Pung pang pung pang. Siap ayam masak kicap!

Nawal buat ape?

Dia kaco stok EBM dalam freezer ok! 😁😁😁

Ini saja cerita ibu hari ini. Bye bye πŸ˜…

Wednesday, June 8, 2016

Workout!!!

Salam alaikum jameeean

Pagi ya 😘

Ibu kan cakap ibu ada group khas online, khusus utk ibu menyusu? Kalo ade readers nk join, sangat dialu2kan. Drop kat ruangan komen ye 😊

•••

Kat group ni kami di ajar bagaimana cara nk workout (WO) dengan betol.

Di sini ibu nak share sikit apa yang kami buat.

Squat (gambar ihsan google)

Plank (gambar ihsan google)

Coach kami kata :

Standard 5 kali smgu. 30 min minima setiap sesi. 

Kalau buat lebih tu bonus utk diri sendiri tp jgn lebih sejam wo jd xbagus plak. 

Sejam ni maksudnya mmg wo, kalau wo 30min plus rehat 30min, yg rehat tu xkira yek. 

So kalau nak kesan cepat paling bagus 30 min buat pg & ptg/mlm. 

Tp kalau 30 min sehari konsisten 5hari smgu mmg akan ada kesan.

Haaa, itu yg coach pesan.


•••

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan produk kesihatan shaklee, boleh hubungi saya :

Ain
Sid : 1092671

Sila like page kami :

Cinta Vita Shop
https://m.facebook.com/NRcintavitashop/

NR Tamar Cocoa
https://m.facebook.com/NR-Tamar-Cocoa-340960472775986/#!/NR-Tamar-Cocoa-340960472775986/

NR Wildan Susu Kambing
https://m.facebook.com/suskambingwildan/

Terima kasih 😍


PORTION DIET YANG BETUL

Salam alaikum jameeean

Pagi ya 😍

Pagi ni ibu nak share pasal portuon diet yg betol bg ibu2 yang nak diet, sebb merasakn dirinya sudah banyak sgt naik berat badan.

Ibu ada satu group khas online, khusus untuk ibu menyusu yg ingin kelihatan cantik & menarik walaupun sedang menyusukan anak. Best kan? 

Kalau ada readers yg nk join, blh drop komen ye 😘

Kami mengalu-alukan anda yang ingin kongsi ilmu bersama kami.

•••

Bagi anda yg sedang berdiet. Boleh ikut portion makanan yg betul di bawah :

1/4 KANJI/BERAS
================

Tukarkan beras putih ke beras perang/merah/hitam yg lebih fiber. Sebab ape kita perlu tukarkan beras :

* Mempercepatkan pencernaan makanan.

* Menurunkan atau mengurangkan pengumpulan plak atherosclerotis disebabkan oleh kolesterol yang tinggi dalam diet.

* Dipercayai dapat menghindari barah.

* Lebih fiber dan cepat kenyang.

1/4 PROTEIN
============

Kenapa perlu mengambil protein? Kerana apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. 

Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan, pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. 

1/2 SAYURAN
=============

Sayur-sayuran adalah kumpulan makanan rendah kalori dan lemak serta mempunyai pelbagai jenis vitamin di dalamnya. Makanlah sebanyak mana sayuran sekalipun, berat badan anda tidak mungkin bertambah walaupun sudah terlebih makan (sayuran).

Oleh itu, nak berdiet perlu makan seimbang mengikut keperluan kalori seharian. Sekiranya anda faham konsep ini maka, mudahlah anda menurunkan berat badan.


Ibu doakan anda kurus dan sihat πŸ€“
Milkbosster chocolate (TAMAR OAT CHOC)

***
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan produk kesihatan shaklee, boleh hubungi saya :

Ain
Sid : 1092671

Sila like page kami :

Cinta Vita Shop
https://m.facebook.com/NRcintavitashop/

NR Tamar Cocoa
https://m.facebook.com/NR-Tamar-Cocoa-340960472775986/#!/NR-Tamar-Cocoa-340960472775986/

NR Wildan Susu Kambing
https://m.facebook.com/suskambingwildan/

Terima kasih 😍

1st day Ramadan 2016

Alhamdulillah

Bertemu lagi Ramadan Kareem Ramadan Mubarak

Tahun ni tahun ke 2 saya menyusukan Nawal Husna

Tahun lepas saya terbabas sebab masa tu anak kecik lagi, sempat puasa satu hari je.

Tu pun nawal cirit birit masa 1st day ibu puasa. Kesian nawal.

Sebab tu tahun ni, ibu berazam nk puasa  setakat yg ibu mampu πŸ’πŸ»πŸ’πŸ»πŸ’πŸ» ( tolak hari yang perempuan cuti ye - ABC )

Alhmdulillah hari pertama ibu berjaya puasa hingga berbuka.

Selepas asar tu memang tak larat dh. Pening, lapar sume ade. Tambah2 lagu nawal ni menyusu ibu jer. Melekar ke bgn ibu.

Namun, ibu msh dapat pam susu ye πŸ˜ƒ alhmdulillah, dapat jugak buat stok ebm. He he he

Hari pertama ibu sahur dengan ayam kari, paling penting, ibu blend, kurma 6 bijik & susu kambing wildan...


Tuesday, June 7, 2016

Puasa Ramadan utk ibu menyusu & mengandung

-sharing-

<<< Bagaimana Ramadhan bagi Ibu menyusu dan mengandung >>>

Sebenarnya sama saja nasihat saya untuk ibu yang dalam keadaan mengandung dan menyusu. Seperti yang saya tulis sebelum ini, perlu awasi tanda-tanda hypoglycaemia dan juga dehydration.
Antaranya pitam, berpeluh sejuk, badan rasa lemah dan tak bermaya semasa berpuasa.

Dalam keadaan ini berbukalah, anda tidak diwajibkan berpuasa dan jika berpuasa anda kena nilai kemampuan diri dan berbuka sebelum mudharat .

Tentang pemakanan pula, ibu yang menyusu dan mengandung perlu beri perhatian yang lebih tentang mutu makanan berbuka dan bersahur .

Antara yang mustahak adalah 

1. Air, minum air kerap sepanjang malam. Air perlu bersih dan bertapis, bukan air masak, bukan air RO, bukan air mineral yang dibeli ( plastiknya ada toksin) 

2. Ambil snek yang padat energy seperti nuts : gajus, pistachio, sunflower seeds, pumpkin seeds, almonds etc . Snek ini boleh makan lepas berbuka , sehingga sejam sebelum tidur dan lepas sahur sebelum imsak 
3. Bersahur paling lewat yang boleh, makan makanan seperti saya sebutkan 

4. Tambah dengan protein drink yang baik dan tanpa kimia. Baca betul-betul label protein drink yang nak dibeli, pastikan tidak ada kimia atau bahan tambahan yang bahaya untuk kandungan atau anak menyusu. Awas ada herba yang juga tidak baik dimakan ibu mengandung dan menyusu dan ada produk dalam pasaran yang ada herba untuk kuruskan badan. Pengedar tidak bertanggung jawab mengesyurkan untuk ibu mengandung /menyusu. Awas pemanis tiruan dalam minuman ! 

Minuman yang banyak asid amino termasuk bone broth, marine collagen dan gam arab. 
Boleh juga tambahkan makanan seperti kurma buah  dan gum arabic sebab makanan ini senang hazam ada serat dan tinggu nilai nutrisi . 

Makanan yang nutrisinya padat . Chlorella adalah makanan yang padat nutrisi dan membantu heavy metal detox . Saya tidak sebut spirulina sebab ia mengandungi neurostimulant yang mungkin tidak sesuai semasa mengandung walaupun ia padat nutrisi juga.

5. Elak makanan segera, makanan tiruan dan makanan dalam tin. Bika kita berpuasa bahan toksik dari makanan berproses lebih mudah masuk kedalam air susu ibu. 

6. Amalkan scrubbing kulit, pastikan lawas buang air besar dan senaman ringan waktu petang untuk keluarkan peluh ( detox juga ) 

7. Optimakan kesihatan usus dengan probiotic dan prebiotic serta enzyme, antara makanan tadisi kita yang ada enzyme adalah tempoyak dan tempe mentah! Rajinlah makan dengan ulaman ! 

8. Kobis, pudina dan terlalu banyak herbs boleh kurangkan susu. Begitu juga ada yang dapati Chia seeds kurangkan susu sedangkan halba dan ulam ulaman banyakkan susu. 

Ada yang risaukan kesan detox akan jejas anak yang di susukan . Saya berpendapat ini tidak perlu dirisaukan jika ibu mengambil berat untuk memastikan nutrisinya cukup dan ibu mengambil langkah mengoptimakan organ detoxnya seperti scrubbing kulit, ginjal ( kidney) dan usus ( berak kena lawas , tak lawas perlu lawaskan ) , keluarkan peluh.

-dr suryakhatun-


Untuk sebarang pertanyaan berkenaan produk kesihatan shaklee, boleh hubungi saya :

Ain
Sid : 1092671

Sila like page kami :

Cinta Vita Shop
https://m.facebook.com/NRcintavitashop/

NR Tamar Cocoa
https://m.facebook.com/NR-Tamar-Cocoa-340960472775986/#!/NR-Tamar-Cocoa-340960472775986/

NR Wildan Susu Kambing
https://m.facebook.com/suskambingwildan/

Terima kasih 😍


Sunday, May 22, 2016

CINTA PERTAMA

Apa kah CINTA pada kau?

Aku masih tak mengerti apa itu CINTA. 

😩😩😩

***

Kala ini, hati memikirkan, siapakah cinta pertama ku... πŸ’πŸ»πŸ’πŸ»πŸ’πŸ»

Bertuah sungguh andai anda adalah CINTA PERTAMA si dia yg bertakhta di hati anda sekarang. Di ingat sampai bila-bila...walau sudah punya kekasih akhir,


Namun


LEBIH BERTUAH andai anda adalah CINTA TERAKHIR pasangan anda. Kala susah kala senang hingga akhirnya.


♥️♥️♥️


          Gambar ihsan en.google

...i L a L L i q a '...

~...Yang baik itu datangnya dari ALLAH...~