KERANA DIRI KITA BEGITU BERHARGA

KERANA DIRI KITA BEGITU BERHARGA
BICARA TENTANG KITA

Followers

Showing posts with label JENAKA PAGI. Show all posts
Showing posts with label JENAKA PAGI. Show all posts

Saturday, February 5, 2011

: senyum pun jadilah :






 KISAH 1 
Suami : Kenapa Sayang menangis? 
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang.. 
Suami : Buku apa? 
Isteri: Buku bank abanglah.. 


 KISAH 2 
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk     rumah orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu. 
budak : derma ape bang? 
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. Adik ada apa-apa untuk didermakan? 
budak : Nanti jap. Saya ambilkan atuk saya. 
lelaki : ????? 



 KISAH 3 
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanNya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawaNnya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu, 
Kawan Tok Batin : Kenapa kamu hanya pakai gear 1 sahaja. 
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear. 
Kawan Tok Batin : ???????? 


 KISAH 4 
Seorang posmen yang datang menghantar surat .. 
' Assalamualaikum ' 
' Walaikumsalam ' 
' Ni rumah encik Sameon ye? 
' Ya saya' 
' Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ' 
' Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?' 


 KISAH 5 
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka. 
Farid : Mengapa? 
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya. 
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya. 
Siti : Erkkkkkk........ Benci ......... 


 KISAH 6 
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!! 


 KISAH 7 
Orang Asli Dan Polis 
orang asli : selamat pagi tuan 
polis : selamat pagi 
polis : apa hal 
orang asli : saya nak buat repot tuan! 
polis : fasal apa tu? 
orang asli : kawan saya di baham harimau 
polis : pukul berapa 
orang asli : dia tak pukul, terkam 
polis : habis? 
orang asli : tak habis, tinggal kepala 


 KISAH 8 
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: ' Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?' 'Dah tentu, ' jawab doktor. 'Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,' kata lelaki itu dengan riang. 


 KISAH 9 
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin. 
Shan : Kenapa menangis? 
Amin : Saya datang untuk ujian darah. 
Shan : Awak takut ke? 
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya. 
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.) 
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis? 
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing... 

  
 KISAH 10 
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat .. 
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah. 
'Atok buat apa tu?'. 
'Atok bagi surat kat kawan atok,cu!' jawap atoknya. 
Cucunya bertanya lagi, 'Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?' 


 KISAH 11 
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan. 
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum? 
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. 
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir. 
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum? 
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya... 





P/S : KN saje jer nak share jenaka neh kat kengkawan...bagi yang tengah sedey tuh...bawak2 la relaks...try dis funny story...kalau tak gelak jugak...senyum pun jadila...hehehe

sharing:caring:loving

:anne:



...i L a L L i q a '...

~...Yang baik itu datangnya dari ALLAH...~