KERANA DIRI KITA BEGITU BERHARGA

KERANA DIRI KITA BEGITU BERHARGA
BICARA TENTANG KITA

Followers

Monday, August 23, 2010

~ RoLe mOdEL ~

Tiada apa yang serius hendak ku coretkan...Cuma aku ingin berkongsi tentang masalah remaja pada masa kini yang semakin meruncing. Pelbagai jenis masalah remaja telah tersebar dan pelbagai cara juga ia telah disebarkan. Antara masalah yang semakin diperkatakan pada masa kini ialah kes buang bayi yang semakin hari semakin meningkat, bahkan ia telah menjadi u’ruf. Apa jenis manusiakah yang sanggup berperilaku seperti binatang. Sanggup membunuh darah daging sendiri tanpa adanya perasaan belas kasihan. Binatang pun tau menghargai kasih sayang. Inikan pula manusia yang telah di kurniakan oleh ALLAH dengan akal dan fikiran.

Kepungan teknologi moden pada masa kini sememangnya telah berjaya mencorakkan gaya hidup baru yang lebih sebati dalam diri anak-anak pada hari ini tanpa mengira peringkat usia. Malah, terlalu banyak watak idola yang dilahirkan melalui rahim media elektronik dan media cetak yang bercorak hiburan semasa. Sehingga menjadi ikutan renaja masa kini. Tak perlu disebutkan di sini, sudah pasti anda semua sedia maklum apa jenis idolakah yang saya maksudkan...

Sedih...memang sedih...apabila mengenangkan bahawa masyarakat sekarang ini bukanlah seperti masyarakat pada zaman Rasulullah S.A.W satu ketika dahulu. Di mana, idola agung yang tersemat di hati mereka adalah Rasulullah S.A.W sendiri. Terdapat pelbagai sebab mengapa masyarakat pada masa kini lebih memuja artis-artis sebagai idola berbanding menanamkan Rasuullah S.A.W sebagai ikutan. Sebab utamanya adalah kurangnya didikan daripada ibubapa itu sendiri. Kurangnya didikan agama dalam diri anak-anak menyebabkan mereka mudah terleka dan terjebak ke dalam kancah hiburan yang hanya sementara. Malah, kesilapan paling besar ialah menyingkirkan Rasulullah sebagai ’role model’ yang paling ideal.

Memang realiti yang amat menyedihkan pada masa kini apabila Rasulullah S.A.W yang sepatutnya di jadikan sebagai ’role model’ bagi umat Islam telah di lupakan. Malah, hanya di anggap sebagai tokoh yang ajaran baginda hanya semata-mata terhad dalam lembaran sejarah. Kebanyakan kisah-kisahnya dan aspek kehidupan baginda hanya di jadikan bahan bacaan di perpustakaan-perpustakaan sekolah sahaja. Jika di ambil sebagai pedoman, hanya sekadar mencontohi aspek-aspek ibadah dan akhlak baginda sahaja.

Menjadikan Rasulullah sebagai contoh teladan adalah bukan perkara yang remeh kerana telah termaktub dalam hadith -->
Daripada Anas bin Malik R.A kata : Tidak sempurna keimanan seseorang di antara kalian sehingga diriku menjadi seorang yang lebih dia cintai daripada ayahnya, anaknya dan seluruh manusia. (HR Bukhari dan Muslim).

Oleh hal yang demikian, antara langkah untuk melahirkan insan yang khaira ummah adalah dengan menerapkan nilai-nilai terpuji yang ada pada Rasulullah dalam diri anak-anak sejak dari kecil lagi. Insyaallah...dengan berkat kesabaran ibubapa dalam mendidik anak-anak, maka akan lahirlah generasi yang khaira ummah, berakhlak dan berperibadi mulia....insyaallah...

No comments:

...i L a L L i q a '...

~...Yang baik itu datangnya dari ALLAH...~