KERANA DIRI KITA BEGITU BERHARGA

KERANA DIRI KITA BEGITU BERHARGA
BICARA TENTANG KITA

Followers

Tuesday, November 1, 2011

JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA"


Jika kamu memancing ikan....
.. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!
 



 ...shared from someone...
 
 
 
 
 

Monday, September 19, 2011

renung2kan.....




Masalah, dugaan,cabaran, semua dari Allah...tenanglah wahai insan, jika kamu diberi ujian dari Allah...sepatutnya kamu bersyukur diatas segala ujianNYA, 


jgn sesekali merungut...

"mengapa aku?aku tak mampu...beratnya ujian ni...."

malah jika kamu diberi ujian, pujuklah hatimu dengan berkata " Apa yang Allah nak hadiahkan kepada aku disebalik ujian ini =) "





 renung2kannn...=)











sedetik ...



...bukan aku tidak mahu berkongsi kedukaanku tapi aku tak punya ayat yang sesuai untuk aku gmbarkan apa yang aku rasa...bukan aku ingin mempamerkan kesdhan itu tapi aku tidak mampu untuk terus berpura2 bahawa aku bahagia...bukan pujukan mesra yang aku inginkan tapi hanyalah sebuah pengertian...aku xpernah menganggap hubungan kita ini akan menjadi sebuah memori...kerana aku inginkan ia berterusan walau kita xkan berjumpa lagi...sesuatu yg akan terus hidup walau jarak menjadi pemisahnya...kalau pun ia adalah memori, mungkin ia sukar untuk dilupakan...andai aku melukaimu...jutaan maaf aku pohon di atas keterlanjuranku...selalu ku katakan padamu bahawa aku ingin untuk menjadi lebih baik dari apa yang ada pada diriku sekarang...aku tau, sekrg kita xmcm dulu walau zahirnya senyuman terlukis di bibir...terus terang ku katakan, aku semakin kehilanganmu sebagai sahabat terbaik ku...ku rasakan kau semakin menjauhiku dalam senyummu...padahal kehilanganmu buat aku semakin rasa kesal...walau apa pun yang bakal berlaku, kau tetap menjadi sahabat terbaik ku sepanjang aku di rantauan ini mahu pun masa2 yang mendatang...tiada kata yang mampu aku ungkapkan betapa aku menyayangi dan menghargaimu sebagai sahabatku...hanya aku yang terlalu byk kekurangan dan perlu untuk lebih memperbaiki diri ini...maaf untuk segalanya...ikhlas dari lubuk hatiku ini...aku harap hubungan kita akan lebih baik selepas ini dan berjalan seperti biasa...andai sukar untuk itu, maafkan aku...terus teranglah padaku...jutaan maaf untuk segalanya.......




Wednesday, September 14, 2011

HANAN'S WEDDING...;)



 MAJLIS PERSANDINGAN SAHABATKU

WAN NOR HANAN & SUAMI
































































IIIII
IIIII
IIIII
IIIII
IIIIIIIIIII
IIIIIIIIII
IIIIIIIII
IIIIIIII
IIIIII
IIII
III
II
I











TAHNIAH!!!



PERTUNANGAN SAHABATKU

 KAMALIA DAN KAMARUL


















































IIIII
IIIII
IIIII
IIIII
IIIIIIIIIII
IIIIIIIII
IIIIIII
IIIII
IIII
III
II
I






Sunday, August 7, 2011

Penantian Ku...Berakhir Jua...

Salam Alaikum Jameean...
Kaif hal antum semua...terlalu lama KN tak bercerita di sini...
KN terlalu sibuk dengan hari2 KN di sekolah, dengan keluarga hingga tak sempat untuk meluangkan masa melakar coretan di sini...
maaf andai ada yang singgah tanpa mendapat apa2 berita...hehe

sebelum KN meneruskan bicara hari ini,ingin sekali KN ,mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA kepada semua muslimin dan muslimat sekalian...moga RAMADHAN kali ini lebih bermakna dari Ramadhan sebelum ini...andai ini adalah RAMADHAN kita yang terakhir, moga ia bukanlah sesuatu yang akan kita sesali...

alhamdulillah, KN masih di beri kesempatan untuk merasai kehadiran RAMADHAN kali ini...

Alhamdulillah juga, pencarian KN telah di permudahkan olehNYA...mungkin ini adalah 'HADIAH RAMADHAN' buat KN...tanggal 24 Julai 2011, KN telah di pertemukan dengan seseorang...seseorang yang KN harap boleh membimbing KN di dunia dan di akhirat...seseorang yang memenuhi ciri-ciri yang KN perlukan......kehadirannya KN sangkakan hanyalah sebagai teman sementara...telah berubah kepada hubungan yang lebih serius...terima kasih Ya Allah...ku mengharapakan agar 'HADIAH RAMADHAN' ini akan berkekalan hendaknya...terima kasih juga Ya Allah, KAU telah mempertemukan aku dengan insan sepertinya...permudahklanlah urusan kami Ya Allah...agar dia adalah yang terbaik untuk ku...terima kasih Ya Allah...

moga kebahagiaan ini berpanjangan, dan moga dugaan yang Kau turunkan kepada kami, mampu kami hadapi dengan penuh kesabaran...ku mengharapkan pilihan ini adalah yang terbaik buat aku dan buat si dia YA ALLAH....ameeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeen YA Robbb...





anne*mohon petunjukMU Ya Allah...

Sunday, July 3, 2011

kenapa terlalu sukar untukku???



... salam alaikum jameeean ... 
... salam 1 Malaysia ...


sob sob sob...
air mata mengiringi doa yang panjang buat sang PENCIPTAku...besar nyer kesalahan hambaMU ini...ampunilah aku YA ALLAH...hanya padaMU ku memohon ampun dan hanya kepadaMU aku berserah...aku hanyalah hambaMU yang lemah...
yang tidak mampu bangkit tanpa kekuatan yang dari ENGKAU ya RObb...
air mata ini ku tumpahkan bukan untuk meraih simpatiMU semata tapi aku redha kerana aku masih banyak kekurangan dalam diri...
aku perlukanMU ya Allah...aku hanyalah hambMU yang lemah...



..................................................................


erm...KN tatau nak luah macam mane nih...KN sakit sangat kat hati ni...bukan sakit marah tapi sakit coz rindu kat seseorang...KN tau KN tak patut nak rasa macam ni...yelah, dia bukan sesape pun ngan KN...kami hanyalah sekadar TTM sahaja...KN tatau lah kenape rasa rindu ini datang...KN dah cuba nak halang rasa rindu ni daripada ingat kat dia, tapi tak dapat...aduyai...sedey nyer...sebelum ni, KN cuba untuk halang perasaan tu daripada hadir...
yaaaaaa....KN berjaya kerana kesibukan di sekolah membantu KN untuk tidak mengingati kenangan itu...kehilangan ini bukan yang pertama kali...kesepian ini bukan yang kesekian kali...kegembiraan yang telah KN tempuhi bukan yang terakhir kerana KN tahu, pasti ada yang bakal menjelma kembali...



kenapa??? 
kenapa??? 
kenapa???



semua yang di ingini terlalu sukar untuk di miliki...bukan ku ingin jadi pemilik mutlak, cukup hanya sekadar pemilik sementara, cukup untuk peluang itu...aku redha andai aku bukan yang terakhir...
kerna sudah pasti ku tau...
KAU memberikan apa yang aku perlukan, bukan yang aku inginkan...





anne*cinta hatiku bukan milikku...


Sunday, June 19, 2011

bicara tentang itu...


salam alaikum jameeean...

ape khabar semua? hope semua chat wal'afiat

hari ni mood KN tak berape baek...ntah lah..

rasa sedey semcm jer...

ok2...juz forget it...

now, KN nak bukak 1 topik baru untuk my story today...

ingat lagi tak entry KN yang lepas yang bertajuk :




KN memang memksudkan ape yang KN luahkan itu...

tapi baru2 ni, KN terbaca post seorang kawan kat FB...


iaitu :


III
III
III
VVVV
VVV
VV
V





‎"wanita yg baik takkan pernah berani mengungkap kata cinta,sayang,rindu,kasih.. kpd seorang lelaki,shingga lelaki tersebut sah menjadi yang halal bagi dirinya.Bukan kerana wanita itu pemalu dengan lelaki..tetapi wanita itu 
takut dan malu dgn Allah..takut akan dimurkai Allah...''





erm...entahlah...

lepas jer baca post tu, KN rasa semacam...

mungkin kerana KN pernah meluahkan rasa rindu itu kepada seorang lelaki yang bukan halal bagi KN...

adakah disebabkan itu, KN telah tergolong dalam golongan yang tidak baik itu?

apakah definisi BAIK itu?

tidak kah definisi baik itu sendiri sangat sangat kompleks?

sebagai manusia biasa, kita tiada hak untuk memberi gelaran itu secara menyeluruh kepada golongan manusia lain...

baik itu sendiri sukar untuk di tafsirkan...

sila kLik bawah untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan BAIK...




Pengislahan diri – It’s about how we defined ‘BAIK’



erm...KN terfikir jugak...

salah ker kalau wanita meminati lawan jenis?

seseorang pernah bagi tau KN, 

lumrah kalau seorang wanita meminati lelaki 

dan lumrah seorang lelaki meminati wanita


tapi.................

tidak kah kalau meminati seseorang tu,

automatik akan timbul rasa rindu dan seangkatan dengannya?

erm...

jadi, kalau kita suka kat seseorang, kena kawen tros...

ape jadi kalau org tu suka kat kita? haaaaaaaaaa?

so...

kalau kita hanya jadikan dia sumber inspirasi kita cm ner? boley???

erm...ape2 jer lah labu...

***********


ape yang berlaku sekarang ni memang mengikut arus peredaran zaman


tak ramai lelaki yang perempuan jumpa adalah lelaki yang gentleman...

tak ramai perempuan yang lelaki jumpa adalah wanita ideal... 

kesimpulan nya sekarang, lelaki dan wanita masa kini adalah tak sama jika nak di bandingkan dengan lelaki dan wanita zaman dahulu...




fikir2kan...;)




Friday, June 17, 2011

blah laaaaaa wei....

salam alaikum jameean....


hari ini KN cuma nak melepaskan ketidak puasan hati KN sahaja
hanya perkara2 yang berlegar2 di fikiran yang sekaligus mengganggu ketenangan hati KN


erm...
banyak betol lah perkara yang menganggu fikiran ni...
sekarang KN hanya dok berdua dengan housemate
rasa bosan sangat2...
rindu sangat dengan suasana dengan kengkawan time blajo,
now,
KN hanya dok dlm bilik jer...tv pulak tak leh nak tengok...
ye lah, KN xmampu nak beli tv bedebuk mcm tu n letak dlm bilik...
kete n laen2 dah cukup nak tanggung bulan2...
bulan ni, sangatlah KN rasa berat...
sewa meningkat coz rakan serumah dah pindah sorang
then, bil elektrik n air pun banyak bulan neh...
h.mate ckp kat KN sal sume2 bnda tu...erm...trying to be positif...

suara hati ku : memang patut pun bil aer n elektrik banyak bulan ni, tengoklah berapa ramai dok dlm rumah ni, berapa ramai yang mandi, berapa ramai yang buka laptop, berapa ramai yang tengok tv, berapa banyak kipas yang di pasang...erm...

erm...oklah, memg patut pun naik kan? 
ok, byk nak kena bayar so, sewa naik la kan...
dulu leh gak beli brg dapur n sharing2, now hanya a few ringgit nak spend kat barang2 dapur,
mau tak mau memng la besau lau nak kira,
beli makanan...nak masak pun...erm...tatau nak cte...
tu cte sal umah...

then kat sekolah pulak laen cte nyer...
busy sane, busy sini...
lagi2 lah sit in...aduyai...tak panas dok atas kerusi...
dah ade sit in yang lain...
skarang neh, bertambah 2 org guru bersalin...
tak de pulak guru ganti...
ape kes? 
katanya pihak atas lagi dari PPD takde duit nak bayar gaji guru ganti...
weiiiiiiiiiiiiiiiii...
kami yang dah cukup jadual ni kena berkorban untuk tambah jadual mengajar...
bertambah masa n bertambah kelas...
aduyai...
ok!!!
tak kisah lah, sebarkan ilmu kan? tapi...berpada2 lah oi...
bagi kelas sampai tak sempat nak sarapan pon...
KN kena kejar masa nak makan...sebelum rehat kelas full direct...
bile ade jer kosong, dorang bagi sit in...
lepas rehat kelas ade jugek....
aduyai...
cer cter...bile masanya KN nak mkn?
haduih....

lagi satu...
suruh KN bawak budak pegi sane pegi mari...
tapi details tak bagi...
cam ne tuh?
KN dahla budak baru, suke suki jer nak arah itu ini tanpa bagi penjelasan,
yer...KN tanyer, tapi tengoklah, bile tanyer jer mcm tak ikhlas jer nak jwab...
bile di panggil mcm nak marah jer...boleh tak jgn serius sgt?
bosan ah mcm ni....
kesel!!! sebel!!!





@-@


Saturday, June 11, 2011

duhhhh...romantiknyer dia...

salam alaikum jameeean....

wah...lame nyer tak berceloteh kt sini...
nape yerk?
erm...KN sibuk sangat sebenarnyer...
ape yg KN sibukkan ea? huhuuuu
KN ade clazzz kat IPG...so, dats y la KN bercuti dari berceloteh kat sini...hehe

  *********************************

meh kte ker story  yg seterusnya...

III
III
III
VVV
VV
V

hari tu kan, KN melepak kat kedai buku, MPH...
KN melepak dengan 2 orang kawan KN...
memang MPH lah tempat KN melepak selalunyer kalau KN bosan
tu jer yang mampu meredakan hati yang tengah stress
pelikkan hobi KN yang satu ni???
tapi inilah realiti nyer...
minat KN yang tak menjadi minat ENCIK LAN...hehe
oppps siapakah dia tuh...heeeeeeeeeeeeee

nak di jadikan cerita...
masa KN tengah belek2 buku,
tibe2 ade sorang mamat ni datang kat tempat KN ngah duduk tu,
belek2 jugak lah buku2 kat rak depan KN tu...
tetibe satu buku jatuh...

pergh!!!

nasib satu jerk buku jatuh,
nasib jugak tak jatuh atas kepala KN...
kalo la banyak buku jatuh atas kepala KN, 
jadi pulak lah kisah menyayat hati,

'seorang gadis pengsan di timpa timbunan buku" ahakSSs!!!

KN pun senyum jerlah n bagi ruang kat dia pilih novel2 tuh...
then KN pun bangunlah, kebetulan jugak KN memang nak balik dah time tuh,

tiber-tiber...........


mamat : nak tanyeer boley tak...novel mane yang best ek?

KN : erm...(terpinga-pinga)

mamat : saya tak pernah baca novel, tapi saya nak beli novel nak bagi kat orang...dan saya tak tau mane novel yang best...


so, KN pun bagi lah cadangan kat dia kan...konon2 nyer KN ni memang berpengalaman sgt lah pasal novel yang best..hek3...


mamat : eh, kte kenal kan? dulu belajar kat politeknik kan? awak orang semenanjung kan? cakap macam orang semenanjung jer...


hah sudah...dia mula dah...KN terkejut gak, yela, KN pestime jumpa dia tetibe cakap yg kami kenal...cam lucu jerk...

KN : eh, pelanduk 2 serupa kot...hehehe...eh, novel tu nak bagi kat awek ea?

mamat : tak la, nak bagi kat tunang...dia dah lama tak baca novel, sibuk sangat dengan kerja... tu yang nak bagi kat dia...

ooooo...sempat pulak die bercerita kat KN...
KN n kawan KN senyum jer la...
then, lepas jer dapat novel yang dia nak, KN pun g lah bayar novel yg KN beli tadi tuh...
hehe


moral of da story : 

III
III
III
VVVV
VVV
VV
V


KN rasa mamat tu sweet sangat...
untung nyer lah tunang dia kan?
tak pernah orang hadiahkan KN novel
kalau lah ade orang yang begitu sweet yang nak hadiahkan novel kat KN...
pergh....best nyer...
biler lah agak nyer yerk... 
KN sangat suka kalau ade orang yang bagi KN novel...
kegemaranku itu...hehehe








anne*pulanglah...



...i L a L L i q a '...

~...Yang baik itu datangnya dari ALLAH...~