Erm....apa nak di tulis tok owh...mata ngantok sebenarnya...so, suka jak nak carik benda kei polah supaya sik tdo di tengah hari macam tok...dahla perut kenyang...hehehe...
Thursday, December 30, 2010
yesterday???
Erm....apa nak di tulis tok owh...mata ngantok sebenarnya...so, suka jak nak carik benda kei polah supaya sik tdo di tengah hari macam tok...dahla perut kenyang...hehehe...
Wednesday, December 29, 2010
...aLfU LAiLaH Wa LaiLah ziKrAyaat...
Tuesday, December 28, 2010
- sabar Lah wahai Hati -
~ TerCaRi-cAri ~
Sunday, December 26, 2010
~Pernah tak korang.......................~
pernah tak korang rasa macam nak marah tapi korang tak tau sebab aper?
pernah tak korang rasa macam nak lari jer tapi tak tau nak lari ke mane?
pernah tak korang rasa yang korang merindui seseorang tapi korang tak tau ia berbalas atau tak?
pernah tak korang rasa yang sayang korang pada si dia hanya bertepuk sebelah tangan?
pernah tak korang rasa yang korang amat bertuah bila terpilih di kalangan orang2 yang terpilih?
pernah tak korang rasa yang korang ni amat malang berbanding dengan orang2 di sekeliling?
pernah tak korang rasa takut yang teramat untuk menghadapi hari esok?
pernah tak korang rasa yang korang ni di rindui oleh seseorang yang mungkin korang tak jangkakan?
pernah tak korang rasa yang korang neh adalah anak yang paling baek sekali?
pernah tak korang rasa yang korang ni adalah kekasih yang paling ideal?
pernah tak korang jatuh cinta pandang pertama?
pernah tak korang bertemu seseorang yang betul2 merimaskan?
pernah tak korang rasa yang korang ni dah betul2 seorang pekerja yang betul2 komited dalam membuat kerja?
korang rasa korang ni pekerja yang dah cukup baek ker?
korang rasa korang ni jujur ker tak?
korang rasa korang ni dah cukup amanah ker?
pernah tak korang di malukan di hadapan orang ramai?
pernah tak korang kenal dengan seseorang yang betul2 gila meminati anda?
pernah tak korang muhasabah diri tentang kesalahan2 dan dosa2 korang?
berapa kali agak nyer korang muhasabah diri dalam setahun?
korang dah betul2 cukup muhasabah diri ker???
erm...kalo macam tu...korang rasa korang ni dah cukup baek lah yek?
pernah tak korang terfikir yang korang ni dah betul2 menjalankan tugas sebagai seorang pekerja yang berdedikasi?
pernah tak korang terfikir, berapa lamakah masa yang di habiskan untuk membuat kerja di pejabat berbanding dengan melayari internet?
pernah tak korang rasa yang korang dah betol2 jujur sebagai seorang pekerja?
pernah tak korang terfikir yang korang akan berkahwin pada usia berapa?
pernah tak korang rasa macam nak bercinta tapi tak tau dengan siapa?
pernah tak korang rasa nak kawen tapi masih tak pasti dengan pilihan yang telah korang buat?
pernah tak korang rasa menyesal sesangat lepas buat sesuatu keputusan sehingga rasa macam nak undurkan kembali masa tu?
pernah tak korang rasa cemburu amat sehingga menyebabkan pergaduhan di antara korang dengan pasangan korang?
pernah tak korang rasa lapar sangat sehingga tahap nak makan pun dah tak larat?
pernah tak korang rasa yang korang neh orang yang paling hebat?
pernah tak korang rasa yang korang neh orang yang paling di takuti?
pernah tak korang rasa yang korang ni tak disenangi oleh orang laen?
pernah tak korang rasa yang korang ni di benci oleh orang laen?
pernah tak korang rasa yang korang neh cukup baek dan suka menolong orang?
pernah tak korang rasa yang korang neh da cukup di kenali oleh ramai orang?
hehehe....oppppppssssss....cukup lah untuk hari neh...mengarut pulak dah...haha
pape pon...i likeeee...
~ saya sayang dia ~
...urm...
Tidak kira apa keadaan
Berlalu pergi jika diabai
Sukar didekati jika dikejar
Menanti ia jika perlu
Jangan g0p0h andai dimiliki
Pernahkah kau fikir
Betapa sukar untuk ia dijejaki?
Tapi,mengapa amat mudah ianya kau lupai
Kau ibArat sang kumbAng yang xpernah qanaah dgn apa yg ada...
Sntiasa mencAri mainan baru yg tak pasti
Walau apa yg kau miliki sekarang sudah memadai
Tapi kau alpa, kau leka, kau tak pernah seDar
Betapa ianya adalh piliHan yg betul...
nukilan : anne...
Wednesday, December 22, 2010
MissinG
Sunday, December 19, 2010
~cinta SUFI~
Wednesday, December 15, 2010
~ Bruno Mars - Count on me ~
Count On Me Lyrics
If you ever find yourself stuck in the middle of the sea,
I'll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can't see,
I'll be the light to guide you
Find out what we're made of
When we are called to help our friends in need
You can count on me like 1 2 3
I'll be there
And I know when I need it I can count on you like 4 3 2
And you'll be there
Cause that's what friends are supposed to do, oh yeah
Wooooh, Wooooh
yeah Yeah
If you toss and you turn and you just can't fall asleep
I'll sing a song
beside you
And if you ever forget how much you really mean to me
Everyday I will
remind you
Ohh
Find out what we're made of
When we are called to help our friends in need
You can count on me like 1 2 3
I'll be there
And I know when I need it I can count on you like 4 3 2
You'll be there
Cause that's what friends are supposed to do, oh yeah
http://www.elyricsworld.com/count_on_me_lyrics_bruno_mars.html
Wooooh, Wooooh
Yeah Yeah
You'll always have my shoulder when you cry
I'll never let go
Never say goodbye
You can count on me like 1 2 3
I'll be there
And I know when I need it I can count on you like 4 3 2
You'll be there
Cause that's what friends are supposed to do, oh yeah
Wooooh, Wooooh
you can count on me cos' I can count on you
p/s : untuk kawan2ku yang ku sayangi...huda nani farah leya kak long nazwa ummi hanan sarah wawa tina kak yan jihan haiza yanti lah piena syasya shiel and semua yang mengenali diriku ini dan pernah menganggapku sebagai seorang sahabat...juz untuk korang sume...mmmuahhh3...
Sunday, December 12, 2010
~Temuduga KPLI~
Wednesday, December 8, 2010
Gambaran Hari Kiamat
*sekadar gambar hiasan.
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
sumber: Amar Sufi . Posted @ www.isuhangat.net