KERANA DIRI KITA BEGITU BERHARGA

KERANA DIRI KITA BEGITU BERHARGA
BICARA TENTANG KITA

Followers

Friday, August 27, 2010

Erm…Jumaat kedua aku bekerja…agak penat sebenarnya…minggu nih…memang agak busy sangat2…dengan program nyer sampai malam…kena stay and tdo umah member…rumah aku, jauh sangat2…penat lah ari2 mcm neh…bila lah agak nya aku tak pening ag nak fikirkan macam mane kah caranya aku nak turun keje time raya t…huhu

Kerja hari-hari banyak…hari-hari dapat task…anta pulak sebelum raya…raya pulak xda cuti…nasib lah masuk kerja time puasa…haaaa…mulalah xda masa nak cuti nanti…staff baru katakan…huhu

Hari ni nak kena bukak kat luar ag dengan staff sume2…dah dua hari tak balik umah…=(
Rindu kat my blue bear (mieya)…rindu nak hug time malam2…rindu kat my bedroom…uwwwwaaaaaaaaa…saya nak balik rumah jugak ari nehhhh…tapi xdapat…xde sape nak jemput balik…tu la…padan muka…aishhhh…

Tapi normal la kan…ada yang besh…ada yang tak besh...apa yang aku harap, aku tak terlibat atau terjebak dengan segala gejala negatif...uhuk3...erk...dah nak balik...kena prepare nak balik pulak neh...jap g nak bukak kat luar dengan dorang b4 join majlis ag mlm neh...mintak2 lah malam ni dapat balik awal dari semalam…walaupun balik umah member mlm neh…huhu…adiosss….

Wednesday, August 25, 2010

::: KiSaH KeKaSiH :::

Ingin sekali ku kongsikan kisah Rasulullah S.A.W...=)


Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.


Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang." Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.


Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia." "Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?" Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.


Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,


"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"


"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."


"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.


Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.


"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"


Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"


"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan. Ketika pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.

Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah,


"Ya, Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"


Jawab baginda dengan lunak,


"Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."


---> Rasulullah s. a. w. bersabda,"SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT.."






wallahu a'lam...

Tuesday, August 24, 2010

~ KESAN TAK BACA BISMILLAH ~


DICERITAKAN OLEH SEORANG PEMBACA (tok dahaman) KEPADA SEBUAH MAJALAH...

Menurut apa yg diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, dia bersama isterinya berjalan hendak kenduri kahwin di hujung kampung. Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. Maka terpaksalah mereka menunggu hujan berhenti. Apabila hujan reda, ketika itu jam menunjukkan pukul 1.00 tghhari, tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar suara tangisan kanak-kanak.

Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang kanak-kanak tanpa pakaian menangis di tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang. Kata Tok Dahaman, dia sungguh hairan, siapa pula yg meninggalkan anak dalam keadaan begitu? Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak tiu bukanlah manusia biasa kerana didapatinya mereka berkepala botak, berperut buncit, mata besar dan telinganya pula capang dan tajam. Sementara itu, jari-jari tangannya amat panjang begitu juga jari kaki. Walau bagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga apa sebab mereka menangis di tepi jalan. Menurut salah satu drp budak2 itu, rumah mereka telah runtuh disebabkan oleh hujan yg amat lebat sebentar tadi. Tok Dahaman bertanya di mana rumah...? Mereka pun menunjukkan kepada pokok besar yang tumbang itu. Sudah sahlah yg budak-budak itu adalah anak jin atau syaitan, jelas Tok Dahaman.

Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu telah meminta dia untuk memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada di rumah kenduri tentang perihal rumah mereka yg telah runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman menjelaskan kepada budak-budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat mencari ibu bapa mereka kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia dengan pandangan mata kasar. Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit minyak untuk disapu di kening. Menurut anak syaitan itu lagi, minyak itu membolehkan pandangan terhadap benda-benda hijab dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti kerana dia menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka memakai tulang ayam bersilang di rambutnya. Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka pulang dengan segera kerana rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan.

Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan isterinya pun memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya mencari syaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan jantan di tempat org lelaki. Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening, mereka lihat begitu banyak syaitan bercampur gaul dgn org ramai. Ada sebahagiannya sibuk di tempat memasak, mengganggu di kawah gulai dgn memasukkan berbagai jenis najis ke dalam segala masakan (kerana org yg memasak tidak membaca Bismillah...). Syaitan-syaitan tersebut ada yg meludah, membuang air kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk. Ada juga yg muntah ke dalam makanan, ada yang bergayut di bahu, duduk di kepala dan riba manusia.

Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak tergamak untuk makan. Org ramai pada hari itu menjadi hairan melihat kelakuan Tok Dahaman pada hari itu. Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa mengelak daripada berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk mengalahkan manusia di rumah kenduri. Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpalah dia dgn bapa syaitan tersebut. Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dgn gelojohnya. Tok Dahaman pun bertempik kepada syaitan tersebut serta memberitahu kepada syaitan tersebut bahawa rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat dan bertanya bagaimana Tok Dahaman boleh melihat syaitan. Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman, syaitan tersebut pun berlari pulang sambil memijak kepala orang ramai.

Bagi pihak perempuan pula, keadaan lebih kecoh. Menurut isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina yang sama-sama makan kenduri dengan org perempuan bahkan di bahagian perempuan keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yg membawa anak mereka. Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa mereka. Mereka melompat dari satu talam ke satu talam sambil mencapai makanan dari pinggan atau tangan orang. Ada yg membuang air kecil sambil bergayut di jendela rumah. Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri Tok Dahaman di bilik pengantin sedang bersolek bersama-sama pengantin perempuan. Isteri Tok Dahaman mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang bersilang di rambut yang kotor dan berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt menggerunkan. Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai melihat isteri Tok Dahaman bercakap dengan cermin tempat bersolek. Untuk sehari itu, letih lah mulut mereka menjelaskan kepada orang ramai tentang sebab keanehan sikap mereka pada hari itu, terpulanglah orang mahu percaya atau tidak.

Begitulah halnya, keadaan syaitan yang sungguh menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan. Sebelum makan, sebutlah nama Allah... atau sekurang-kurangnya bacalah BISMILLAH...

Monday, August 23, 2010

~ RoLe mOdEL ~

Tiada apa yang serius hendak ku coretkan...Cuma aku ingin berkongsi tentang masalah remaja pada masa kini yang semakin meruncing. Pelbagai jenis masalah remaja telah tersebar dan pelbagai cara juga ia telah disebarkan. Antara masalah yang semakin diperkatakan pada masa kini ialah kes buang bayi yang semakin hari semakin meningkat, bahkan ia telah menjadi u’ruf. Apa jenis manusiakah yang sanggup berperilaku seperti binatang. Sanggup membunuh darah daging sendiri tanpa adanya perasaan belas kasihan. Binatang pun tau menghargai kasih sayang. Inikan pula manusia yang telah di kurniakan oleh ALLAH dengan akal dan fikiran.

Kepungan teknologi moden pada masa kini sememangnya telah berjaya mencorakkan gaya hidup baru yang lebih sebati dalam diri anak-anak pada hari ini tanpa mengira peringkat usia. Malah, terlalu banyak watak idola yang dilahirkan melalui rahim media elektronik dan media cetak yang bercorak hiburan semasa. Sehingga menjadi ikutan renaja masa kini. Tak perlu disebutkan di sini, sudah pasti anda semua sedia maklum apa jenis idolakah yang saya maksudkan...

Sedih...memang sedih...apabila mengenangkan bahawa masyarakat sekarang ini bukanlah seperti masyarakat pada zaman Rasulullah S.A.W satu ketika dahulu. Di mana, idola agung yang tersemat di hati mereka adalah Rasulullah S.A.W sendiri. Terdapat pelbagai sebab mengapa masyarakat pada masa kini lebih memuja artis-artis sebagai idola berbanding menanamkan Rasuullah S.A.W sebagai ikutan. Sebab utamanya adalah kurangnya didikan daripada ibubapa itu sendiri. Kurangnya didikan agama dalam diri anak-anak menyebabkan mereka mudah terleka dan terjebak ke dalam kancah hiburan yang hanya sementara. Malah, kesilapan paling besar ialah menyingkirkan Rasulullah sebagai ’role model’ yang paling ideal.

Memang realiti yang amat menyedihkan pada masa kini apabila Rasulullah S.A.W yang sepatutnya di jadikan sebagai ’role model’ bagi umat Islam telah di lupakan. Malah, hanya di anggap sebagai tokoh yang ajaran baginda hanya semata-mata terhad dalam lembaran sejarah. Kebanyakan kisah-kisahnya dan aspek kehidupan baginda hanya di jadikan bahan bacaan di perpustakaan-perpustakaan sekolah sahaja. Jika di ambil sebagai pedoman, hanya sekadar mencontohi aspek-aspek ibadah dan akhlak baginda sahaja.

Menjadikan Rasulullah sebagai contoh teladan adalah bukan perkara yang remeh kerana telah termaktub dalam hadith -->
Daripada Anas bin Malik R.A kata : Tidak sempurna keimanan seseorang di antara kalian sehingga diriku menjadi seorang yang lebih dia cintai daripada ayahnya, anaknya dan seluruh manusia. (HR Bukhari dan Muslim).

Oleh hal yang demikian, antara langkah untuk melahirkan insan yang khaira ummah adalah dengan menerapkan nilai-nilai terpuji yang ada pada Rasulullah dalam diri anak-anak sejak dari kecil lagi. Insyaallah...dengan berkat kesabaran ibubapa dalam mendidik anak-anak, maka akan lahirlah generasi yang khaira ummah, berakhlak dan berperibadi mulia....insyaallah...

Sunday, August 22, 2010

~ 2nd week of mine ~

Salam muhibbah…=)

Fasa kehidupan baruku terus bermula…hari2 menjalani kehidupan yang sama setiap kali tibanya weekdays…uhuk3…agak penat berulangalik dari kampung…kadang2 perjalanan ku mengambil masa lebih 2 jam...kalo nak ke sri aman mengambil masa 3 jam, aduh…bayangkan jauh nyer mcm mane? memg agak jauh la kot…tapi tula…alah biasa tegal biasa….=)

Minggu ni minggu kedua…task yg aku dapat masih belum dapat untuk di siapkan…agak banyak kot…aish…macam nak termuntah dah aku nak wat benda ni…idea oh idea…datanglah padaku…come babeh…ha ha ha ha ha…

Hari ni masuk hari yang ke 13 umat Islam berpuasa…dekat ofis ni…dah meriah dengan lagu-lagu raya…nasib baek diorang tak bertakbir…hoho…hari-hari telingaku di perdengarkan dengan lagu2 raya padahal Ramadhan pun tak sampai nisfu nya lagi…huhu…

Erm…ofis hari ni agak sunyi coz ramai staff yang ada urusan dekat luar…banyak benda nak kena settle coz tak lame lagi Nuzul Quran…tapi aku? Sempat ag dengan blog ku ini…he he he…mane tak nyer…bosan nak ngadap keje jer…siap nyer tak jugak…tapi lambat laun aku kena anto gak benda neh…aish…datang lah padaku wahai idea…
Allahumma alhimni rushdi wa qini syarran nafsi…=)

Ok lah…setakat ini sahaja coretan ku hari ini…time to break...ada masa kan ku berlabuh lagi…c yaaa…=)

~ My 1St experience ~



salam bahagia semua...=)

hari ni...saya nak share ape yg saya ada...sy nak share pengalaman pertama saya bergelar 'camerawoman'...ahaksss!!!

agak lucu jer bunyi nyer kan? selama ni saya cuma melihat jer aksi-aksi seorang photographer...tapi...tak sangka pulak saya di beri kesempatan untuk menjadi seorang photographer...haha...

pe perasaan??? mula2...memang agak takut tapi dalam masa yang sama gumbira...takut sebab tak pernah pegang kamera canggih mcm tu..takut gambo tak menjadi pulak...tambah2 lagi di beri tanggungjawab untuk tanggap gambo kawen orang...aish....kalo tak menjadi...habis la gua...huhuhu...gumbira pulak sebab ape yer? sebab 1st time beraksi sebagai photographer...padahal bidan terjun...hehehe...bila pegang camera tu...rasa mcm 'pro' pulak lagak nyer...hahaha...

ni nak share jugak...antara sedikit gambo yang saya tangkap masa majlis kawan saya nih...hehehe...xde la pro sangat tapi ni la yg terbaek yg saya rasa saya mampu buat...tambah2 lagi org yg tak berpengalaman mcm saya ni kan? hehehe




























sekian...ni jer yg dapat saya share...hehe....

Mohd ---> Cinta (Studio Version)


Cinta
Ku persembah cinta suciku
buat insan yang tersayang
ku ukirkan dalam hatimu
jawapan cinta kepadamu
agar kau mengerti

selamilah kasih
sucinya cintaku
tulusnya cintaku hanya kepadamu

Mampukah kau mengerti perasaanku kepadamu
dan tulus kasih hanyalah untukmu
Ohhhh
mampukah kau selami
jauh ke dasar hati ini
Oh hanya namamu yang tersembunyi

ku harapkan kau mengerti cintaku seadanya kasih
ku inginkan kebahagiaan bersamamu oh selamanya
tanpa rasa curiga


ku tujukan khas untuk insan-insan yang aku sayangi...serta insan yang bakal hadir untuk menerangi hidupku...membimbing aku untuk menjadi insan yang solehah...menjadi insan yang lebih disayangiNYA...AMEEEN YA RABB...



Wednesday, August 18, 2010

~ NeW PhAsE Of My LifE ~


::: BagAi buNgA YaNg bArU NaK bErkEmBaNG :::


Salam muhibbah untuk semua…

Tanggal 16 Ogos 2010…

Fasa baru dalam kehidupanku…=)

Bagaimanakah untuk ku meluahkan nya? Macam tak percaya jer yang aku baru menjejakkan kaki ke dunia pekerjaan…seperti yang aku inginkan…duduk bekerja dalam ofis…syukur alhamdulillah…how to explain ek?

Dunia pekerjaan memang berbeza…amat berbeza…
Hari pertama aku melaporkan diri…perasaan? Amat takut dan berdebar…macam-macam yang aku fikirkan…alhamdulillah kerana hari pertama aku bukanlah berseorangan…aku bersama dengan 4 orang rakan-rakan yang lain dan kami bukanlah dari bidang yang sama. Setiap orang dari pengkhususan yang berlainan dan dari pusat pengajian yang berbeza.

Selepas melapor diri, kami diberi taklimat berkenaan dengan bidang tugasa kami. Semestinya kami di tempatkan di unit yang berbeza. Aku? Aku diletakkan di UPK (Unit Penyelaras Kegiatan)…wah…wat a surprise babe!!! Ingatkan kena letak dekat pendidikan ker…ape ker…hehehe…..tapi tak per…its all experiences for me…

Nak tau ape bidang tugas dok kat unit neh? Huhu…agak banyak keje yang nak kena wat…paling berat…kena create new event untuk next year…huk3…nil ah my first task kat sini…takper…inilah masa untuk aku menimba pengalaman untuk menjadi seorang pekerja…its learning prosess…mayb..hehehe…

Hope…my day kat cni akan memberi pengalaman buat aku untuk aku terus berkecimpung dalam dunia pekerjaan…suasana @ biah kerja…alhamdulillah okey…bos and collegue yang laen tidak berat mulut untuk beri tunjuk ajar...setakat ini alahamdulillah…semuanya smooth…tapi…idea jer yang tak smooth nak keluar dari kepala hotak aku neh…gagagagaga…

Tapi…cey…ade tapi tuh…hahahahaha
Rumah aku jauh giler ah dari tempat keje…mau nyer satu jam lebih…keluar rumah memang awal giler…5.45 pagi dah meredah jalan raya untuk ke tempat kerja…sampai kerja pulak, kalo tak jammed, jam 7.30 pagi sampai dah…kalo jammed, mau nyer jam 8 baru nak sampai…huk3…nasib baek ada pina (my fren) yang kebetulan sama berulangalik dari kampung ke tempat keje…so, rutin kami setiap kali weekdays memang tak kan berubah la…huhu…melaenkan kami sewa rumah kat area yang terdekat…hoho…

Erk!!! 4.40 p.m dah…Its time to go home…I need to hurry…also preparing myself to berbuka posa…haha… c ya guys…daaa…








Tuesday, August 10, 2010

...apa2an...

salam sayang semua,

agak lama sebenarnya tak update my blog neh...agak bz menjalani kehidupan sehari2...dan terlalu banyak yang berlaku dalam hidupku kebelakangan ni...
actually...i juz got back from far away...jauh ku pergi untuk menemui kgkwan yg tersayang...rindu pada kalian memg tak tertanggung...hehe

tapi...sambil menyelam sambil minum air??? may be kot...i met some1...oh...not one...but more than one person...huhu...actually...i am confused...confused to choose...juz like playing with puzzle and riddle...its hard to put trust on others shoulder...so...ill juz keep waiting and follow the flow of my life with them...hope...it will worth...

oh...new topic? wahhhhh... i hate liar...very much...apa yang ada pa si penipu @ kaki propa? mulut manis...perasan hensem...pandai bodek...ramai AWEK...paling penting...tak suka berterus terang...so, do not ever put a trust on them...they r all liar...

erm...dah2...sok nak puase dah...tinggalkan kisah kaki propa neh...jom same2 kte beramal...tambahkan amalan2 sunat...kedatangan bulan Ramadhan mari kita raikan...bulan Ramadhan bulan pengampunan...bulan yang penuh barakah...mari kita sama2 mengimarahkan masjid...tunaikan tarawikh...=) moga Ramadhan kali ini lebih baek dari yang sebelumnya dan moga ia bukan Ramadhan yang terakhir untuk kita...insyaallah...moga2 kita berjaya menjejaki AL-Qadar...ameeeen ya rabb...

...i L a L L i q a '...

~...Yang baik itu datangnya dari ALLAH...~