KERANA DIRI KITA BEGITU BERHARGA

KERANA DIRI KITA BEGITU BERHARGA
BICARA TENTANG KITA

Followers

Monday, June 20, 2016

Ramadan 12 - 2016

Salam alaikum jameeean

Ramadan #12


Masih lagi bertahan

Allahu akbar, penat tak payah cakap

Kelas penuh hari ni, tak sempat nak rest sekejap pun.

Balik rumah, solat. Pas tu ambik si cute Nawal Husna kat rumah pengasuh.

Sedang dok menyusu nawal, ibu tertidur pulak 😁😁😁

Tidur tidur ayam gitu.

Tersedar nawal dok gelak, rupanya di atas meja tulis dah 😰

Ibu punya gelebah takut dia jatuh.

Dok kemas rumah yang nawal sepahkan tadi, jengok2, tengok *kunci kereta* dalam tong sampah ok!

Kalau ibu tak jengok dalam tu, esok nak turun keje naik ape? 😳

Ok enough!


Ibu ke dapur, siapkan makanan berbuka, seperti biasa, nawal ikut je. Alhamdulillah hari ni nawal tak mintak dukung, senang sikit keje ibu. 

Pung pang pung pang. Siap ayam masak kicap!

Nawal buat ape?

Dia kaco stok EBM dalam freezer ok! 😁😁😁

Ini saja cerita ibu hari ini. Bye bye 😅

No comments:

...i L a L L i q a '...

~...Yang baik itu datangnya dari ALLAH...~