KERANA DIRI KITA BEGITU BERHARGA

KERANA DIRI KITA BEGITU BERHARGA
BICARA TENTANG KITA

Followers

Friday, September 24, 2010

* AdAnYa bAhAgIa *

“ Cantik tak? ” Soal Haikal sambil menunjukkan gelang silver yang tertulis nama aku dan dia, HAIKAL N AMISHA.

“ Cantik sangat Kal. Kal tempah eh? “ Soal ku sambil tersenyum.

“ Aah.. Baru semalam siap dan sekarang, its yours my dear. Happy Birthday sayang. “ Ucap Haikal sambil sebuah kucupan hangat singgah di pipiku. Aku bahagia sangat, Haikal adalah orang pertama yang menghadiahkan aku hadiah yang mahal. Walaupun mereka yang di luar sana menganggap ia adalah hadiah yang murah, tapi tidak bagi aku yang berasal dari keluarga yang serba kekurangan. Hadiah yang sekecil ini sudah cukup memadai bagi insan seperti aku. Bukan setakat gelang ini, tapi makan malam yang indah ini, tidak pernah aku bayangkan untuk menghadirinya. Haikal memang perkara terbaik yang pernah aku miliki.

“ Cantik-cantik macam ni nak ke mana tu Misha? “ Soal Isma setelah melihat aku bersiap. Sememangnya, sejak akhir-akhir ini, aku jarang keluar rumah.

“ Nak keluar shopping jap. Nak ikut tak? Jomla, aku pun sorang-sorang ni ha…”

“ Tak boleh la, aku ada banyak kerja nak buat. Esok boss aku nak aku hantar proposal yang dia suruh aku settlekan hari tu. Kau tu tak kerja ke esok? “

“ Aku ambik cuti seminggu, aku ingat aku nak pergi bercuti la Isma. Nak kurangkan stress. Asyik bekerja jer, penat jugak. “ aku memang akui, bekerja memang memenatkan. Bukan setakat badan yang penat, otak pun serabut sama. Sejak 2 tahun bekerja di BAHAGIA HOLDINGS, aku memang jarang bercuti dan ini adalah cuti aku yang kedua kali. Cuti yang pertama pun, bukan untuk suka-suka, tapi sebab menghadiri kenduri arwah mak long di kampung. Itupun setahun yang lalu. Lama benar dah aku tak bercuti.

“ What a suprises my dear friend Amisha? Bukan kau ni workaholic ker? Macam tak percaya pulak bila kau nak bercuti saja-saja. “ Kata Isma sambil tergelak.

“ Amboi… Kalu bab nak kenakan aku, kaula yang menang eh…” Balasku sambil memuncungkan mulut.

“ Aku gurau jer la Misha, aku pun suka benar la tengok kau ni dah berubah. Jangan la kuat sangat nak bekerja, kesihatan kau tu kena jaga jugak. Lupakan perkara yang dah berlalu. Kau mulakan hidup baru. Mudah-mudahan cuti kau kali ni berbaloi…” Kata-kata Isma memang menimbulkan persoalan.

“ Maksud kau? “ Soalku tanpa mengetahui maksud di sebalik kata-kata Isma.

“ Moga-moga kau berjumpa Mr. Right kau eh. “ Jawab Isma sambil tergelak.

Syukur la jalan tak jam malam ni. Kalau tak, memang payah nak keluar. Tempat parking pun mesti payah nak carik. Ish, lapar pulak perut aku ni, Singgah makan kat kfc sekejap lah. Setelah mendapatkan order, aku terus mencari tempat duduk yang bersebelahan dengan tingkap. Satu kegemaran yang aku tak boleh elakkan, duduk makan sambil memerhatikan orang yang lalu lalang. Best sangat. Enjoy tau kalau dapat buat benda yang kita suka sambil menikmati makanan. Ingatanku kembali pada kenanganku bersama Haikal.

“ Misha nak makan apa malam ni? “ Soal Haikal sambil memaut lenganku. Haikal memang manja orangnya. Paling penting, Haikal memang pandai mengambil hati. Dan aku pulak, memang suka kena pujuk,lebih-lebih lagi oleh orang yang aku cintai, Haikal.

“ Misha tak kisah. Kal bawak makan kat mana-mana pun Misha ok jer. “ Jawabku sambil tersenyum.

“ Ermn, kalau macam tu, kita makan kat kfc jer la eh. Dekat pun dekat. Sedap pun sedap. “

“ Ok. Kita order dinner plate jer la eh. Kita share. Romantik la sikit. Lepas tu, Misha nak cheesy wedges, nak kentang goring n nak ice lemon tea. Boleh tak? “ Cadangku kepada Haikal.

“ Boleh, untuk Misha, apa-apa pun akan Haikal tunaikan. “ Jawapan yang Haikal berikan membuatkan aku tersenyum dan terfikir untuk mengenakan Haikal.

“ Erm…that’s great. Haikal, lepas ni kita tengok wayang nak? “

“ Cadangan yang bagus. Sayang nak tengok cerita apa? “

“ Misha tak kisah, asalkan dapat tengok dengan yang tersayang “ kataku sambil menjeling ke arah Haikal.

Seperti yang dirancang, selepas makan, kami menonton. Bagiku, malam itu meninggalkan kenangan yang tersendiri bagiku. Ketika hendak menuju ke tempat park kereta, tiba-tiba, kami didekati oleh seorang perempuan yang berpakaian elegen. Nampak macam dari golongan yang berada. Aku agak anak orang kaya. Penampilannya memang bercitarasa tinggi. Kalau dibandingkan dengan aku yang hanya mengenakan jeans lusuh dan t-shirt yang simple. Aku yang tidak mampu melawan pandangan tajam perempuan itu, hanya mampu menyembunyikan diri di belakang Haikal. Lagak perempuan itu macam nak telan orang. Aku pun tak tau kenapa. Aku hanya mendengar sahaja perbualan di antara mereka.

“ Eh, Mary. Kebetulan berjumpa kat sini. Kenalkan, Misha. “ Tegur Haikal sambil memberi ruang untuk aku bertegur sapa dengan Mary. Tangan yang aku hulurkan tidak bersambut. Sebaliknya, kami ditengking oleh Mary. Langsung tidak menghiraukan pandangan orang ramai yang lalu lalang.

“ O...Inilah sebabnya you tak nak langsungkan pertunangan kita ye? Banyak jer alasan yang you bagi. Kenapa you tak berterus terang yang you ada perempuan lain kat luar hah???!! “ Jerit perempuan yang aku kenali dengan nama Mary sebentar tadi.

“ Mary, dengar dulu penjelasan I. “ Haikal cuba menenangkan Mary tapi sia-sia. Amarah Mary memang sudah menguasai diri.

“ I tak kira. Walau apa pun, I akan bagi tau mama dan papa I agar pertunangan dan perkahwinan kita dipercepatkan. I tak kira, you akan tetap jadi milik I dan bukannya perempuan kampung macam you! Keluarga kami tak perlukan orang macam you. Sedarlah diri tu sikit. Gadis kampung macam you tak layak untuk Haikal ” Tindakan Mary memang satu kejutan buat aku. Tidak pernah ada orang yang menuding jari kepada aku seperti yang Mary lakukan. Aku hanya mampu menundukkan wajah. Bukan sikap aku yang suka marah macam tu. Aku lebih suka mendiamkan diri. Aku tak bersalah. Aku tak patut dilayan macam ni.

“ You jangan buat Misha macam tu. She is my girl. I sayangkan dia. You tak ada hak nak buat macam tu. “ Haikal membalas tengkingan Mary. Perang mulut berlaku di antara mereka. Aku tak sanggup lagi mendengar penghinaan yang Mary hamburkan. Macam mana aku tak terfikir yang aku tak setaraf dengan Haikal. Aku bukanlah orang yang sesuai untuk dia. Aku terus lari meninggalkan Haikal dam perempuan itu. Aku tak peduli panggilan Haikal. Selama tinggal Haikal!!!

“ Excuse me miss… This is your bracelet. Terjatuh tadi. Pakai elok-elok tau, kalau tak nanti terjatuh lagi. Bukan murah ni… “ ujar seorang lelaki yang berjanggut nipis, lagak Azizan Nin gitu. Hensem jugak la. Ish, ke situ pulak aku ni.

“ Erm… Thanks ya… Tak perasan pulak “ ucapkan sambil tersenyum.

“ Its ok. Teringatkan Haikal ke Misha? “ Aik.. Macam mana dia boleh tau nama aku? Dengan Haikal pun dia kenal.

“ Erm… Excuse me sir?? Do I know you? “

“ Your bracelet told me… By the way, I am Hafiz. ” Sekali lagi senyuman manis dihadiahkan padaku. Cukup membuatkan aku terpikat pada senyumannya.

“ Oh.. That bracelet. “ Aku tersenyum padanya dengan maksud senyuman yang hanya akan difahami oleh aku seorang.

“ Erm… I got to go now Misha. This is my card. I like to continue the conversation. Hope to see you again. “ Aku menyambut kad yang Hafiz hulurkan sambil memandang kosong tubuhnya yang berlalu meninggalkan aku di dalam kedai makanan segera KFC.

“ Aku bercadang nak pergi bercuti kat Port Dickson la. Aku dengar,resort kat sana elok jugak. Pantai pun dekat. Sesuai kalau nak lepaskan tension. “ Luahku kepada Isma yang sedang meratah ayam KFC yang aku beli tadi.

“ Erm… Eloklah tu Misha. Sekali sekala pergi bercuti apa salahnya. Jangan lupa bawak buah tangan untuk aku tau. “

“ Tak da nya aku lupakan kau. Macam la aku tak tau kau ni. “ kataku sambil menjeling kea rah Isma. Isma sudah aku anggap macam adik-beradik aku sendiri. Susah senang aku semasa berpisah dengan Haikal, hanya Isma tempat aku mengadu. Kesempatan berborak dengan Isma aku ambil untuk menceritakan pertemuan aku dengan Hafiz. Isma exited betul mendengar cerita aku. Isma memang berharap sangat yang aku akan mencari pengganti Haikal.

“ Eh, engkau ni jauh sangat nak berangan. Aku baru jer kenal ngan si Hafiz tu. “

“ Alaaa… Setiap perhubungan ada permulaannya. Ha..kau kata dia ada bagi kad diakan? “

“ A ah… Kenapa? “

“ Ha..masa ni la kau nak jalinkan hubungan dengan dia..” ujar Isma sambil membuat muka nakal.

“ Ish..tak naklah aku Isma. Ntah-ntah dia dah ada anak bini kat rumah tu. Parah aku. “


**********************************************************************************


Hmmmmm… Segarnya udara kat tepi pantai ni. Tak sia-sia aku ambik cuti. Waktu-waktu petang macam ni memang ramai yang bawak anak-anak pergi jalan-jalan. Seronoknya kalau pergi ramai-ramai dengan kawan-kawan. Meriah. Boleh main bola air. Seronoknya. Teringat zaman dulu-dulu, masa kat universiti. Sekarang, semua dah ada kehidupan sendiri. Masing-masing sibuk dengan kerja, suami, dan anak-anak. Aku jugak yang tak kahwin-kahwin lagi. Umur pun dah 25 tahun. Kalau la aku tak berjumpa denagn Haikal dan… Kalau la aku berjumpa dengan lelaki yang betul-betul sayangkan aku, mesti aku dah kahwin sekarang ni…

“ Assalamualaikum…” Suara macam aku pernah dengar jer. Takkan kat sini pun nak jumpa dia kot.

“ Wa’alaikumussalam…” Jawabku sambil menoleh ke arah suara tersebut.

“ Misha kan? Ingat saya lagi tak? “ Ujarnya sambil tersenyum. Senyuman itu memang memikat. Mana boleh aku lupa akan senyuman yang seindah itu.

“ Oh… Hafiz! What a surprise. Tak sangka pulak jumpa Hafiz kat sini. Hafiz buat apa kat sini? “ Memang aku tak sangka boleh berjumpa dengan Hafiz. Paling pelik, Hafiz muncul di saat aku sedang terfikir tentang lelaki yang pernah mengecewakan aku.

“ Hafiz outstation kat sini. 3 hari. Misha pulak buat apa kat sini.,? “

“ Actually, I am on my holiday. Penat bekerja, Misha ambik cuti. Saja nak hilangkan penat. Macam berjanji pulak kan jumpa kat sini..? “ gurauku sambil tersenyum.

“ Ada jodoh kot. “ Hafiz kulihat tersenyum dengan kata-katanya sendiri. “ Hafiz gurau jer Misha, jangan ambik hati tau. Jatuh hati tak apa..” Sekali lagi Hafiz tergelak tapi kali ini bergabung dengan gelak aku. Hafiz memang pandai buat orang tersenyum. Petang itu, aku ditemani Hafiz menyusur sepanjang pantai sambil bercerita perihal masing-masing. Rupa-rupanya, Hafiz pun masih belum berpunya, sama seperti aku. Aku pun tak tahu kenapa mulut aku ringan berbicara kisah hidup aku dengan Hafiz. Begitu juga dengan Hafiz. Di sini, aku temui keserasiaan di antara aku dan Hafiz. Menurut Hafiz, dia pun pernah dikecewakan. Teman wanitanya meninggalkan dia kerana akan dikahwinkan atas dasar pilihan kelurga.

Kami mengambil keputusan untuk terus berhubung antara satu sama lain. Hari terakhir aku di Port Dickson, Hafiz sekali lagi menemani aku. Kebetulan kerja Hafiz selesai awal. Kami makan malam bersama sambil bercerita pelbagai topik. Aku rasakan yang kesunyian aku selepas kehilangan Haikal terisi dengan kehadiran Hafiz. Tetapi, aku tidak berani menyimpan harapan kerana aku takut dikecewakan buat kali kedua. Lelaki memang susah nak diramal.

Genap setahun perkenalan aku dengan Hafiz, Hafiz masuk meminang dan perkahwinan kami akan dilangsungkan dua bulan akan datang. Tempoh dua bulan adalah tempoh pertunangan kami. Segala persiapan telah pun mula dibuat. Warna tema yang kami pilih ialah hijau dan putih. Kebetulan, warna kegemaran kami memang sama. Hafiz memang lelaki yang baik dan sangat memahami aku. Terus terang, aku memang menyayangi Hafiz sepenuh hati aku.

“ Aku terima nikahnya, Amisha Batrisya Binti Hakimi denagn mas kahwin RM80 ringgit tunai. “ Sejurus mendengar ucapan keramat itu, air mataku menitis. Sekarang, aku dah bergelar seorang isteri kepada Mohamad Hafiz Daniel Bin Mohamad Zulazman Daniel. Alangkah bahagianya aku saat ini. Kini, Hafiz adalah insan yang paling aku sayang. Saat Hafiz mengucup dahiku selepas menyarungkan cincin perkahwinan, terasa kehangatan kucupan dari seorang suami. Lantas, aku mengucup tangannya. Sesi fotografi berlangsung hingga tengah hari. Satu kejutan buat aku apabila kami sedang menikmati makan tengah hari.

“ Selamat Pengantin Baru Hafiz. Tahniah. “ Aku yang sedang makan tersedak apabila mendengar suara itu. Setelah sekian lama tidak berjumpa, mengapa hari ini aku ditemukan dengan lelaki itu.

“ Kenapa ni sayang? Nah, minum air ni. Eh, Ashraf, ingatkan tak jadi datang tadi. Come! Join us. “ Pelawa Hafiz. Haikal hanya tersenyum sambil memandang aku. Aku hairan kenapa Hafiz memanggilnya dengan nama Ashraf? “ Eh, lupa pulak, sayang, perkenalkan, Ahmad Ashraf Haikal. Kawan sekerja abang. Ini pulak, of course my beloved wife, Amisha Batrisya. “ Aku memandang Haikal sambil memberikan sepalit senyuman yang hambar. Aku tak sangka yang Hafiz memang mengenali Haikal.




No comments:

...i L a L L i q a '...

~...Yang baik itu datangnya dari ALLAH...~