KERANA DIRI KITA BEGITU BERHARGA

KERANA DIRI KITA BEGITU BERHARGA
BICARA TENTANG KITA

Followers

Monday, November 1, 2010

~sekadar renungan~


Kadang-kadang...aku rasa aku adalah insan yang tidak bernasib baek kerana sering berhadapan dengan pelbagai masalah...aku belajar untuk bersabar...lebih-lebih lagi pabila melihat basib orang2 di sekeliling aku yang lebih dhaif...namun, mulut nya tetap bersyukur dengan apa yang telah di anugerahkan oleh ALLAH S.W.T...

Aku rasa insaf sendiri bila mengenangkan seorang staff di tempat kerjaku...betapa keluarganya tergolong dalam golongan yang kurang berkemampuan...Pak Cik Azam (bukan nama sebenar) merupakan ofis boy di tempat kerjaku...dia mempunyai ramai anak...dan dia seorang yang rajin bekerja, namun...lumrah kehidupan seringkali dia di usik teman sekerja kerana dia seorang yang lurus bendul...kadang-kadang aku rasa kasihan tapi, apalah dayaku...namun aku hanya boleh menjadi pendengar untuk dia meluah perasaan...

Tapi, sejak aku berpindah ofis, jarang sekali aku mendengar luahannya...tapi tak mengapa...aku hanya berdoa agar dia sentiasa mendapat rahmat dan sentiasa di lindungi ALLAH SWT...ameeennnn.........

* Kita hanyalah manusia biasa yang tak lari dari di timpa pelbagai masalah...semakin banyak dugaan yang kita tempuhi, seharusnya semakin basahlah lidah kita bermohon kepada pertolonganNYA...semakin basahlah bibir kita untuk berzikir padaNYA...semakin dekatlah kita kepadaNYA...











No comments:

...i L a L L i q a '...

~...Yang baik itu datangnya dari ALLAH...~